Saturday, January 29, 2011

tempahan azra

choc oreo yang di tempah oleh azra buat suami tercinta.....10q azra....







coklat yang berintikan oreo...mengenyangkan, sedap selain daripada comel buat yang tercinta......

Wednesday, January 26, 2011

choc cinta

coklat cinta yang di abadikan dalam kotak keemasan yang cantik. sesuai untuk diberikan pada sesiapa sebagai tanda kenangan dan terima kasih. ada bentuk 4 segi, love, rose.....coklat mampat yang sedap dan comel.... ( 2 biji / kotak )













*gambar comel by www.amirolahmad.com

Tuesday, January 25, 2011

choc lolipop

coklat lolipop....

yang dibungkus kemas dalam plastik....sedap dan juga comel...sesuai utk kanak-kanak.















*gambar comel by www.amirolahmad.com

choc oreo

coklat yang berintikan oreo...dengan corak dan warna yang menawan....
sedap dan comel sgt.....



















*gambar comel by www.amirolahmad.com

Saturday, January 22, 2011

Fakta mengenai coklat....jangan salah anggap mengenai coklat



10 Fakta Menarik tentang Coklat

  • Coklat Tidak Menyebabkan Masalah Kerosakan Gigi

Kajian yang dijalankan oleh Universiti Osaka, Jepun mendapati koko mengandungi ejen antibakteria yang menghalang masalah kerosakan gigi. Namun begitu, kandungan gula di dalam coklat boleh menjejaskan fungsi ejen ini sekali gus menyebabkan kerosakan gigi.

  • Coklat Tidak Menyebabkan Masalah Jerawat

Satu kajian yang dijalankan oleh Fakulti Perubatan Pennsylvania mendapati penggunaan coklat tulen tidak memberi kesan terhadap pertumbuhan jerawat atau lain-lain masalah yang berkaitan dengan kulit. Tetapi masalah jerawat boleh berpunca daripada coklat yang menggunakan susu.

  • Kafein di dalam Coklat Bukan Penyebab Keresahan

Umum mengetahui bahawa koko mengandungi bahan peransang seperti kafein dan theobromine. Kuantiti bahan-bahan ini adalah kecil di dalam kandungan coklat. Kajian mendapati 1 auns (28.3 gram) coklat pahit mengandungi 5 ke 10 miligram (mg) kafein dan 10 mg kafein pada 170 mililiter (ml) cawan koko berbanding 100-150 mg kafein dalam 220 ml cawan kopi.

  • Coklat Tidak Menyebabkan Migrain

Walaupun masih tiada bukti kukuh yang menyokong pendapat ini, tetapi terdapat kajian menunjukkan coklat turut menjadi pendorong rasa sakit kepala terutama di kalangan pesakit migrain.

  • Coklat Tidak Menyebabkan Peningkatan Paras Kolesterol

Umum mengetahui coklat mengandungi asid stearik iaitu sejenis lemak nuetral yang tidak menyebabkan peningkatan kadar kolesterol tidak sihat atau LDL. Malah lemak kok dalam coklat mengandungi asid oleik, sejenis lemak koko mono tak tepu, yang juga ditemui pada minyak zaitun. Pada masa yang sama lemak koko juga mengandungi 38.2% asid oleik iaitu sejenis asid lemak tidak tepu yang berperanan merendahkan paras kolesterol di dalam darah.

  • Coklat Sebagai Makanan Yang Sihat

Koko mengandungi pelbagai khasiat walaupun ia datang di dalam kuantiti yang kecil. Kajian menunjukkan sekeping coklat susu seberat 42.45 gm membekalkan 3 gm protein. Walaupun serbuk koko bukan produk utama tetapi ia juga mengandungi zat yang diperlukan oleh tubuh badan manusia termasuklah lemak, protein, kabohidrat, Vitamin A, B, D dan E. Coklat juga mengandungi asid amino yang lengkap bagi pemeliharaan protein tubuh manusia, kaya dengan Vitamin A dan D serta sumber Vitamin B seperti Tiamina, Riboflavin dan Niasin.

  • Coklat Tidak Bertindak Mengawal Emosi dan Tingkah Laku

Coklat dikatakan mengandungi bahan yang mengawal tingkah laku dan mood seseorang individu. Bahan ini memberi kesan seperti pengambilan dadah yang merangsang tindak balas fizikal dan psikologi. Tetapi kebenarannya adalah amat kecil memandangkan kandungan bahan di dalam coklat adalah kecil dan tidak menyebabkan tindak balas emosi.

  • Coklat Bukan Sebagai Punca Penyakit Jantung

Kajian Mayo Clinic, University of California, University of Scranton dan Pennsylvania State University menunjukkan coklat mengandungi bahan kimia, flavonoid, yang meningkatkan kesihatan kardiovaskular. Ia juga bertindak sebagai antioksidan yang meghalang atau melambatkan kerosakan sel dan tisu badan.

  • Coklat Bukan Punca Masalah Batuk Berlarutan

Ramai percaya coklat tidak baik untuk mereka yang batuk. Namun coklat berkesan untuk menghalang batuk yang berterusan. Theobromine yang terdapat di dalam coklat di dapati lebih berkesan daripada pengambilan ubat batuk. Coklat juga didapati melega dan melembapkan tekak.

  • Coklat Tidak Menyebabkan Barah

Coklat adalah antara makanan yang mempunyai kandungan plimbum paling tinggi. Bagaimanapun, Pihak Berkuasa Makanan dan Dadah Amerika Syarikat menyebut kandungan plumbum dalam coklat amat rendah dan tidak memberi kesan buruk sekalipun dimakan dalam kuantiti yang banyak.


 yummy...coklat tanda cinta...semanis cinta yg lahir dari hati yg tulus ikhlas....utk si dia yg semanis anugerah terindah....